Perak Hari Ini

Tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang Keluar UMNO-BN, Tepat

IPOH: Pakatan Harapan (PH) Perak menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang keluar dari UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta-merta adalah sebagai langkah tepat.

Pengerusinya, Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya juga berhadap agar lebih ramai lagi individu yang akan mengikut jejak langkah mantan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang itu daripada parti yang disifatkan sebagai sudah tidak relevan malah merosakkan negara.

Ketika ditanya sekiranya terdapat sebarang permohonan Syed Abu Hussin atau beberapa individu lain untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Ahmad Faizal berkata ianya akan diserahkan kepada pimpinan tertinggi parti.

“Saya tidak berada di mana-mana keputusan. Tetapi kita merupakan parti yang memperjuangkan segala usaha untuk menyelamatkan negara daripada segala permasalah yang ada.

“Tetapi, segala keputusan, jika mereka memohon untuk menjadi ahli sekali pun, ianya adalah terletak kepada keputusan ahli majlis tertinggi pimpinan parti, sama ada menerima atau menolak permohonan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Lembaga Air Perak di Hotel Casuarina Meru, dekat sini, hari ini.

Semalam, Syed Abu Hussin mengumumkan dirinya menjadi wakil rakyat bebas dan melepaskan segala jawatan dalam UMNO dan BN.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");