Perak Hari Ini

Menteri Besar, Isteri Melawat Gerbang Malam

IPOH: Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkesempatan mengadakan lawatan mengejut ke Gerbang Malam di Jalan Dato Tahwil Azhar di sini, pada Isnin.

Kehadiran beliau bersama isteri, Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi disambut baik para peniaga dan pengunjung yang berada di situ.

Kesemua mereka juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Ahmad Faizal yang berada di Gerbang Malam sekitar 30 minit.

Hasil lawatan tersebut yang turut disertai Pengerusi Persatuan Peniaga Gerbang Malam, Ahmad Irwan Osman itu mendapati terdapat beberapa aduan orang ramai yang diajukan kepada Menteri Besar.

Antaranya ialah isu permukaan jalan pejalan kaki tidak rata yang mengundang rasa tidak selesa dan kurang selamat kepada pengunjung.

“Kita dapati jalan raya itu tidak beberapa sesuai khususnya bagi mereka yang menggunakan kerusi roda mahupun yang membawa anak kecil dengan menggunakan kereta sorong. Mungkin kita akan mencari jalan terhadap masalah itu.

“Pada masa sama, saya fikir kawasan permainan di Medan Selera Taman Kanak-Kanak di sini juga perlu dihidupkan suasananya dengan beberapa acara. Mungkin juga kawasan ini boleh diterangkan.

“Saya akan cuba bawa perkara ini dengan pihak Majlis Bandaraya untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada pemberita, dekat sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, isu kegiatan ‘ulat parkir juga turut disuarakan kepada beliau.

Ujar Menteri Besar, pihaknya akan mengadakan satu pertemuan dengan Persatuan Peniaga Gerbang Malam, dalam masa terdekat, berhubung segala isu yang diutarakan kepadanya.

Difahamkan ia akan diadakan seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");