Sukan Hari Ini

Padah Bila Bermain Buruk – Loew

PENGENDALI Jerman, Joachim Loew mengakui aksi buruk dipamerkan pemainnya mengundang padah apabila dimalukan Mexico 0-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan F kempen Piala Dunia, malam tadi.

Bagi Loew, Mexico berhak memenangi perlawanan itu kerana mereka bersungguh-sungguh dan berdaya saing, malah lebih agresif berbanding anak-anak buahnya.

Hirving Lozano menjaringkan satu-satunya gol selepas 35 minit di Moscow apabila Jerman tewas perlawanan pembukaan di Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 36 tahun.

“Dalam babak pertama kami bermain sangat teruk. Kami tidak dapat bermain seperti biasa, serangan kami dan hantaran tidak menjadi. Pada babak kedua, kami lebih memberi tekanan tetapi Mexico kembali bangkit.

“Kami mempunyai beberapa percubaan di gawang tetapi seperti terkena sumpahan, bola kami tidak masuk dan kadang kala kami tidak dapat mencari penamat,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Jerman tidak pernah gagal untuk melepasi pusingan kumpulan pada Piala Dunia tetapi Loew percaya anak buahnya akan bangkit semula dan lebih bersedia dalam perlawanan akan datang bertemu Sweden pada 23 Jun ini di Sochi.

“Ia mengecewakan apabila tewas dalam perlawanan pertama. Ia adalah situasi di mana kami tidak biasa langsung. Dalam banyak kejohanan terdahulu kami selalu menang perlawanan pertama tetapi kami perlu menerimanya.

“Selalu akan ada halangan untuk diatasi dan kami perlukan cari penyelesaian dan melakukan lebih baik pada perlawanan akan datang.

“Jadi, kami perlu terus pandang ke hadapan dan melupakan perkara ini,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");