Perak Hari Ini

Peniaga Makanan Pula Mahu Beri Sumbangan Kepada Tabung Harapan

IPOH:Atas dasar kesedaran untuk membantu negara, seorang peniaga makanan menyumbang hasil jualan makanannya ke Tabung Harapan Negara.

Peniaga Yan Chee Kuan 39, akan menjual pelbagai jenis makanan pada 7 hingga 9 Jun ini di tiga lokasi berbeza iaitu di Menglembu, SPPK Pasir Pinji dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh.

Katanya, setiap bungkusan makanan yang dijual berharga RM10 dan dianggarkan sebanyak RM10,000 hasil kutipan kelak akan disumbangkan kepada tabung tersebut.

Mengulas mengenai tindakannya itu, jelas Yan Chee Kuan ia adalah rasa bertanggungjawab untuk turut sama membantu menyelamatkan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Howard Lee Chuan How berkata usaha yang ditunjukkan oleh peniaga kecil seperti Yan Chee Kuan telah memberi satu gambaran bahawa pembinaan modal insan dan kesedaran sivik dalam masyarakat mula berubah.

“Usaha ini nampak seperti satu tindakan yang sudah biasa dibuat terutama bagi dermawan yang menyumbang dalam jumlah yang besar sudah biasa didengar namun ia satu anjakan lebih progresif apabila usahawan kecil dan sederhana turut tampil ke depan bagi memberi sumbangan pada negara.

“Bukan sahaja mereka yang mampu menderma dalam jumlah yang besar mengambil bahagian membina semula negara malah peniaga kecilan merasa terpanggil untuk membantu membina semula negara,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Katanya, walaupun jumlah sumbangannya kecil namun niatnya besar sama seperti pihak yang menderma dalam jumlah yang jauh lebih besar.

“Pembinaan semula modal insan ini telah nampak dan kesedaran sivik juga telah ada, ini adalah satu titik permulaan bukan sahaja bagi membina negara tetapi membina semula konsep sivik terhadap negara oleh individu dan peniaga,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");