Berita Hari Ini

Penjawat Awam Perlu Setia Pada Kerajaan Sekarang – Tun Mahathir

PUTRAJAYA: Kerajaan minta penjawat awam yang terlibat secara langsung dengan kempen parti pemerintah sebelum ini, Barisan Nasional, untuk kembali neutral.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini adalah penting supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab di bawah pemerintahan Pakatan Harapan dengan baik.

“Kami dapati ramai penjawat awam yang terlibat dalam kempen Barisan Nasional.

“Ini tidak betul. Sebagai penjawat awam, mereka harus bersikap neutral dan berkhidmat untuk kerajaan sedia ada,” kata Dr Mahathir lapor Astro Awani.

Apabila ditanya apa tindakan yang akan diambil terhadap golongan ini, Dr Mahathir berkata Kerajaan tidak ingin menghukum sewenang-wenangnya.

“Kami berharap mereka boleh kembali neutral agar perjalanan pentadbiran Kerajaan kini dapat diteruskan dengan baik,” kata beliau dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");