Berita Hari Ini

PM Tunai Solat Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyertai ribuan jemaah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara.

Perdana Menteri yang mengenakan persalinan lengkap baju Melayu ungu, tiba pada jam 8.20 pagi sebelum menyertai jemaah di dewan solat utama.

Beliau turut diiringi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad, turut menyampaikan khutbah Aidilfitri bertajuk ‘Kasih Sayang Pelengkap Kesejahteraan’.

Antara lain, beliau mengingatkan Aidilfitri adalah titik tolak kepada perubahan untuk seluruh umat Islam memperbaiki hubungan sesama insan.

“Kepelbagaian bangsa dan keturunan tidak menghalang masyarakat menjalin silaturahim ke arah kesejahteraan dan keharmonian hidup.

“Justeru, umat Islam bertanggungjawab mempromosi agama Islam sebagai agama kesejahteraan, perdamaian, toleransi dan penuh kasih sayang,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");