Berita Hari Ini

Menteri Baru Mungkin Diumumkan 20 Jun, Kata Tian Chua

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Tian Chua meminta media untuk tidak berspekulasi tentang barisan Kabinet kerana pengumuman menteri-menteri baru mungkin akan diumumkan menjelang 20 Jun ini.

“Pengumuman tertangguh kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Jepun dan kerana cuti hari raya,” katanya ketika ditanya tentang kelewatan kerajaan mengumumkan senarai penuh jemaah menteri.

Ditanya sama ada namanya termasuk dalam senarai menteri, dia berkata tidak kerana dia bukan lagi seorang Ahli Parlimen.

Tian Chua hilang kelayakan bertanding Parlimen Batu pada pilihan raya 9 Mei lepas apabila kertas pencalonannnya ditolak oleh pegawai pengurus pilihan raya.

Kertas pencalonannya ditolak kerana dia didenda lebih RM2,000 atas dakwaan menghina seorang anggota polis.

Denda dikurangkan ke RM2,000 selepas merayu ke Mahkamah Tinggi. Mahkamah Persekutuan melucutkan kelayakan seseorang yang mahu bertanding jika didenda lebih RM2,000.

Kabinet baru kerajaan Pakatan Harapan mengangkat sumpah pada 21 Mei, hampir 2 minggu selepas gabungan itu menamatkan pemerintahan 60 tahun Barisan Nasional.

Tiga belas menteri persekutuan mengangkat sumpah jawatan di satu majlis di Istana Negara di depan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Dr Mahathir berkata Kabinet akan mempunyai 25 orang menteri.

Sejak itu terdapat banyak spekulasi di media tentang keanggotaan Kabinet, dan ramai wakil-wakil rakyat Sabah dan Sarawak dikatakan ada dalam senarai itu.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");