Perak Hari Ini

PRU14: Benarkah BN Perak Kalah Kerana Zahid Hamidi?

Disaat-saat pemilihan UMNO yang semaki sendu ni, Peraktoday ada mendapat sedikit maklumat berkaitan kekalahan BN di Perak.

Kami telah diberitahu bahawa Datuk Seri Zahid Hamidi adalah dalang pada kekalahan BN di Perak. Benar atau tidak itu kami pun tak pasti. Mungkin orang UMNO sendiri boleh cerita.

Ada khabar angin yang menyatakan, Zahid telah menyekat dana PRU di bahagian-bahagian sehingga menyebabkan jentera enggan membuat kerja sehabis baik. Ye lah kerja pagi petang siang malam ‘FREE’ siapa sanggup kan.

Ada juga cerita menyatakan, jentera-jentera UMNO dikerah bekerja di Bagan Datoh dan Zahid sedikitpun tidak menghiraukan kawasan lain. Semata-mata dia nak kekalkan kuasa dia?

Tapi akhirnya apa jadi? Habis Perak jatuh ke tangan PH.

Dan sekarang masih ada lagi orang UMNO bermati-matian nak jadikan Zahid sebagai Presiden UMNO. Peraktoday heran sungguh.

Kisah sangat ke Zahid pada penyokong-penyokong level bawahan ni. Dia tabur duit dan kemudian?

Seperti yang orang UMNO dah tahu, Zahid adalah individu nombor 1 yang bertanggungjawab dalam War Room UMNO pada PRU14, dan dia juga ketika itu adalah Menteri KDN. Apakah maksudnya?

Maksudnya, Zahid ada saluran untuk mengetahui BN bakal menang atau tidak dalam PRU14. Maklumat melalui War Room serta ‘SB’ semestinya disampaikan pada Zahid dulu. Dan mungkin sebab itu, Zahid bimbang dia akan kalah di Bagan Datoh maka dikerahkan jentera ke parlimen itu sahaja. Ini semua ada kemungkinannya kan?

Dalam pemilihan UMNO, anak Zahid pun telah ditolak dikalangan Puteri UMNO. Kita harap, jangan pula dok angkat Zahid sebagai Presiden. Memang itu angan-angan dia. Nak jadi Presiden dan dengan licik dia menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Siapa tahu maklumat apa yang Zahid sampaikan ada Najib. Mungkin dapatan dari War Room UMNO dan SB lain dari apa yang disampaikan. Itu hanya Zahid dan Najib sahaja yang tahu.

Orang UMNO patut sedar, Zahid juga perlu bertanggungjawab atas kekalahan teruk yang berlaku. Jangan biarkan UMNO terus tidak relevan.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");