Berita Hari Ini

PTPTN: Tawaran WPP Secara Atas Talian

BERMULA 1 Jun 2018, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mula melaksanakan tawaran Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) menggunakan kaedah atas talian berbanding secara pos yang dilaksanakan sebelum ini.

PTPTN dalam satu kenyataan berkata, kaedah ini bagi memastikan pemberian surat tawaran WPP kepada pelajar dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

“Oleh yang demikian, para pelajar bagi kemasukan sesi Jun 2018, boleh membuat semakan dan mencetak surat tawaran WPP melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my mulai 1 Jun 2018 sehingga tamat tempoh sah laku pada 31 Julai 2018,” kata PTPTN.

Selain itu, surat tawaran WPP yang telah dicetak perlu dibawa dan ditunaikan di mana-mana 149 cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang berhampiran.

“Penunaian WPP hanya boleh dilakukan di kaunter BIMB dan tidak boleh dimasukkan melalui mesin deposit cek atau di lain-lain bank selain BIMB sebelum tamat tempoh sah laku. Tawaran ini akan terbatal sekiranya ia tidak ditunaikan dalam tempoh berkenaan.

“Para pelajar yang layak menerima WPP juga akan dimaklumkan oleh PTPTN melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan emel berdasarkan nombor telefon bimbit dan alamat emel yang dikemas kini semasa permohonan kemasukan ke IPT,” katanya PTPTN lapor Sinar harian.

Maklumat lanjut mengenai WPP boleh diperoleh di www.ptptn.gov.my atau menghubungi talian Careline PTPTN di 03–2193 3000.

Setiap tahun PTPTN menyediakan kemudahan WPP sebanyak RM1,500 kepada pelajar baharu sebagai persediaan sebelum mereka mendaftar masuk ke universiti awam dan politeknik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");