Panasnya Hari Ini

Pua Sekolahkan Ku Li Mengenai Pasaran Saham

Pua berkata Tengku Razaleigh, yang adalah calon presiden Umno, perlu sedar bahawa pasaran ekuiti global telah mengalami penurunan sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Antara sebabnya, Pua merujuk kepada kekacauan di Itali, kemungkinan perang perdagangan antara China-Amerika Syarikat dan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat.

“Tengku Razaleigh mungkin jahil, atau paling tidak menipu, dalam menyalahkan kejatuhan dalam pasaran saham adalah kerana pendedahan menteri kewangan.

“Bagi bulan Jun sehingga 19 haribulan lalu, pasaran ekuiti di Bangkok, Singapura, Seoul dan Hong Kong masing-masing jatuh sebanyak 5.0 peratus, 4.2 peratus, 3.6 peratus dan 3.3 peratus.

“Adakah Tengku Razaleigh juga menyalahkan pendedahan (menteri kewangan) Lim Guan Eng berhubung kejatuhan itu juga?” soal Pua, yang mempunyai kontrak enam bulan untuk membantu menteri kewangan berkenaan.

Pua berkata KLCI turun hanya 1.5 peratus sepanjang tempoh yang sama.

Tengku Razaleigh dalam wawancara semalam berkata definisi pentadbiran Pakatan Harapan mengenai hutang negara yang meletakkan jumlah itu pada RM1 trilion dan rentetan pendedahan tentang skandal kewangan oleh pentadbiran BN terdahulu menjejaskan ekonomi.

Beliau berkata bahawa adalah tidak perlu untuk mendedahkan hutang itu dan kenyataan Lim mengenai keadaan kewangan negara menyaksikan pelabur menjual saham mereka selepas kehilangan keyakinan terhadap ekonomi negara.

Mengulas lanjut, Pua berkata pentadbiran HARAPAN tidak bermaksud untuk menyembunyikan kebenaran, walaupun ia menyakitkan.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");