Berita Hari Ini

Pulau Pinang Beri Bonus Raya RM1,000

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan bantuan khas kewangan berjumlah RM1,000 kepada semua penjawat awam di negeri ini sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menurut laporan mStar Online, ia akan dikreditkan ke dalam akaun bank mereka pada 13 Jun ini.

“Ini adalah bayaran yang lebih tinggi berbanding RM400 daripada Kerajaan Persekutuan,” kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow selepas Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Bersama Ketua Menteri di sini, Selasa.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus berkata, seramai 3,600 kakitangan awam akan menerima bayaran itu, membabitkan kos sebanyak RM3.6 juta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");