Berita Hari Ini

Sambut Sederhana Dengan Semangat Kekitaan

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berharap seluruh umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh rasa gembira, sederhana dengan semangat kekitaan.

Gobind berkata kemeriahan sambutan amat dirasai dengan adanya media sosial untuk berkongsi pelbagai aktiviti serta suasana menyambut hari lebaran dan kementerian berusaha memastikan kemudahan jalur lebar dan capaian internet berada pada tahap yang lebih baik.

“Rakyat Malaysia yang saya kasihi dan saya sayangi, saya Gobind Singh Deo dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga kerja Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta seluruh umat Islam.

“Saya juga berharap perayaan ini diraikan bersama keluarga, sahabat handai dan sanak saudara dengan penuh rasa gembira, kesederhanaan dan kekitaan,” katanya dalam ucapan khas Hari Raya Aidilfitri yang disiarkan di Facebook Jabatan Penerangan Malaysia hari ini lapor Bernama.

Kepada yang akan pulang ke kampung halaman, beliau menyeru agar berhati-hati ketika memandu dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri, keluarga dan orang lain.

“Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju,” katanya yang turut berkongsi ucapan itu di Facebook dan Twitter miliknya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");