Sukan Hari Ini

Sumpahan Juara Piala Dunia

JERMAN menjadi negara terbaru yang terkena tempias sumpahan juara di Piala Dunia selepas tersingkir daripada peringkat kumpulan di Russia.

Skuad kendalian Joachim Low cemerlang di Brazil empat tahun lalu selepas mengecewakan tuan rumah 7-1 dalam separuh akhir, sebelum menewaksan Argentina 1-0 untuk ditabal sebagai juara di Rio.

Juara bertahan itu tenang memasuki kali ini dengan memenangi kesemua perlawanan kelayakan, menjaringkan 43 gol dan bolos empat.

Bagaimanapun, Jerman tersungkur dalam aksi kumpulan berdepan Mexico dan Korea Selatan, sekaligus menghuni tangga tercorot Kumpulan F.

Memetik artikel Stadium Astro, mereka bukan satu-satunya juara yang diaibkan tetapi terdapat tiga juara yang mengalami nasib yang sama.

‘AU REVOIR’ FRANCE

Selepas mengecapi kejayaan Piala Dunia pertama di laman sendiri pada 1998, Perancis gagal mengulangi kejayaan yang sama di Korea Selatan dan Jepun.

Tewas dalam perlawanan pembukaan kepada Senegal diikuti dengan seri 0-0 dengan Uruguay, sebelum tewas 2-0 kepada Denmark untuk menghantar mereka pulang.

‘CIAO’ ITALY

Brazil terlepas sumpahan pada 2006 tetapi ia sekali lagi hadir di Afrika Selatan selepas gagal mencapai tahap yang sama pada empat tahun sebelumnya.

Azzurri diundi dalam kumpulan yang dianggap mudah bersama Paraguay, Slovakia dan New Zealand, tetapi mereka hanya meraih dua mata daripada tiga perlawanan.

‘ADIOS’ SPAIN

Permainan tiki-taka Sepanyol merupakan sesuatu yang menakjubkan pada 2010 tetapi dunia telah mula bijak menanganinya dan La Roja gagal mendominasi seperti apa yang dilakukan oleh Brazil.

Tewas 5-1 kepada Belanda dalam aksi pembukaan, sebelum Chile meraih tiga mata ke atas mereka. Kemenangan 3-0 ke atas Australia mendapatkan semula maruh mereka tetapi ia sudah terlambat.

‘AUF WIEDERSEHEN’ GERMANY

Begitu juga buat Jerman, dilihat sebagai juara dunia yang dijangkan mempertahankan gelaran, tetapi tersingkir daripada pusingan pertama buat pertama kali sejak 1938. Sudah pasti mereka tidak mahu melalui perkara yang sama seperti juara dunia sebelum ini ketika beraksi di Russia bukan?

Kekalahan kepada Mexico dalam perlawan pertama tetapi bangkit dalam aksi kedua apabila Toni Kroos meledak gol kemenangan ke atas Sweden menghidupkan peluang mereka.

Kemenangan ke atas Korea Selatan memberikan peluang untuk mempertahankan gelaran, tetapi Jerman gagal mencipta jaringan dan dua serangan balas lawan dalam masa kecederaan menyaksikan mereka tewas 2-0.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");