Panasnya Hari Ini

Wakil Rakyat Lompat Parti Perlu Letak Jawatan

MELAKA TENGAH: Wakil rakyat yang ingin lompat parti digesa meletakkan jawatan Adun atau Ahli Parlimen terlebih dahulu agar pengundi memberi mandat baru kepada sesiapa yang layak.

Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, isu Adun dan Ahli Parlimen lompat parti selepas PRU14 adalah satu amalan yang tidak sihat dan mencemarkan semangat demokrasi sedangkan wakil rakyat dipilih berdasarkan parti yang diwakili serta kelayakan dimiliki calon.

Menurutnya, apabila Adun atau MP (Ahli Parlimen) melompat, rakyat merasakan mereka mengkhianati amanah yg diberi.

“Demokrasi juga akan dianggap sebagai satu gurauan dan mainan bukan suatu perkara yang serius.

“Wakil rakyat tidak akan dihormati bahkan dijadikan objek cercaan. Di Malaysia pula tiada satu peraturan cegah lompat parti bagi calon yang menang dalam pilihan raya,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Katanya, Pas dari awal perkenalkan sistem bai’ah kepada calon bagi tujuan memperkukuhkan roh demokrasi selain juga adalah tuntutan agama.

“Saya yakin kalau gejala ini tidak dibendung, ditakdirkan apabila BN menang semula membentuk kerajaan, kita akan saksikan wakil rakyat Pakatan Harapan pula lompat parti.

“Hari ini kalau kita jijik dengan isu rampasan harta bekas Perdana Menteri, sama juga jijiknya dengan wakil rakyat yang lompat parti kerana harta dan kedudukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");