Perak Hari Ini

UMNO Perak Belum Bincang Isu Pemilihan Parti

Timbalan Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad, berkata sehingga kini pihaknya belum membuat ketetapan sama ada untuk menyokong atau bersikap berkecuali terhadap perkara berkenaan, termasuk ketika mesyuarat badan perhubungan berkenaan Sabtu lalu.

“Kita memang mengadakan mesyuarat pada Sabtu lalu tetapi ia hanya mesyuarat biasa sahaja, kita tidak bincang (isu pemilihan jawatan tertinggi parti),” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Sehingga kini, beberapa pemimpin dari Perak sudah menawarkan diri untuk bertanding dalam beberapa jawatan tertinggi dalam UMNO.

Mendahului senarai ialah Naib Presiden yang menjalankan tugas Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagi jawatan Presiden parti, manakala Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bagi jawatan Naib Presiden.

Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun, pula menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Saarani berkata, pihaknya juga tidak membincangkan tindakan sebuah cawangan dalam Bahagian Lumut yang mencalonkan Pengerusi Badan Perhubungan itu yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, untuk jawatan Naib Presiden.

“Kita tunggu sama ada beliau (Zambry) buat pengumuman (bertanding) atau tidak, baru boleh buat (keputusan),” katanya.

Sabtu lalu, UMNO Cawangan Batu 4, Segari, sebulat suara mencadangkan Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Ketua UMNO cawangan yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Azri Jaafar, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat cawangan yang dihadiri 70 ahli.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");