Perak Hari Ini

Ahmad Faizal Berbangga Jadi Sebahagian ‘Ahli Keluarga’ Rela

IPOH: Sebagai Menteri Besar Perak yang baharu, Ahmad Faizal Azumu berkata dirinya berbangga apabila turut diberi amanah sebagai salah seorang Pegawai Bersekutu Rela.Ujarnya, jawatan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Kehormat badan unit beruniform yang diamanahkan kepadanya itu telah menjadikan dirinya sebagai sebahagian daripada ahli ‘Keluarga’ Rela.“Saya tadi sempat bercakap dengan ketua pengarah. Saya katakan kepada beliau bahawa di masa akan datang, saya nak jemput semua anggota rela dalam satu perhimpunan kalau boleh paling besar dalam negeri Perak,” katanya.Tambahnya, uniform Rela juga merupakan uniform yang paling menjadi kegemarannya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan AidilFitri Peringkat Rela Negeri Perak di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Meru Raya, dekat sini, pada Khamis.Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Rela Perak, Kamarul Idzham Kamal.Dalam pada itu, Ahmad Faizal turut menggesa agar kesemua anggota unit beruniform seluruh negeri bersatu-padu antara satu sama lain selain turut menyeru kepada mereka untuk memberi sokongan kepada kepimpinan kerajaan baharu.Beliau turut menegaskan akan melaksanakan segala menifesto Pakatan Harapan (PH) Perak yang telah dijanjikan pada Pilihanraya Umum lalu secepat mungkin, demi kepentingan negeri dan rakyat.Majlis yang dianjurkan Rela negeri itu dihadiri sekitar 500 anggota rela daripada seluruh daerah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");