Berita Hari Ini

Pemimpin Umno Ingatkan Polis, SPRM Henti Cakap Pasal 1MDB

Razlan memetik perintah tegahan sementara yang diluluskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur susulan langkah SPRM untuk mendakwa Najib atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah semalam.

“Saya ingatkan kepada SPRM, polis dan Amar, agar berhenti bercakap tentang 1MDB pada media. Jangan biarkan media menjatuhkan hukuman kepada Najib. Saya beri amaran kepada mereka.

“Mahkamah sudah tetapkan jangan bicarakan perkara ini sampai bulan Februari. Biarlah siasatan dijalankan, janganlah sibuk-sibuk cerita pasal senarai itu senarai ini, semua ini perkara-perkara yang negatif yang tiada kebenaran untuk ambil mewujudkan persepsi negatif di kalangan rakyat terhadap Najib.

“Kalau beliau salah atau tak bersalah biar mahkamah tentukan, bukan penjawat awam nak mainkan peranan persepsi ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman Najib di Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Dakwaan ke atas Najib oleh SPRM semalam adalah berhubung SRC International dan bukan 1MDB secara langsung.

Pasukan polis yang diketuai Amar sebelum ini merampas wang tunai dan barangan berjenama dengan harga pasaran dianggarkan sehingga RM1.1 bilion dari kediaman yang dikaitkan dengan Najib.

Najib mendakwa barangan berkenaan kebanyakannya adalah hadiah yang diberikan kepadanya dan keluarganya dan tiada kaitan dengan dana 1MDB.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");