Membawang Hari Ini

Buka ‘Cawangan’ Baharu, Imam Muda Asyraf Ketawa

TERBARU, gosip mengatakan Imam Muda Asyraf kononnya merancang untuk membuka ‘cawangan baharu’ (berkahwin) adalah tidak benar.

“Tak adalah (ketawa), malah saya tak ada perancangan mahupun mencari. Setakat yang ada sekarang ini pun, masa balik rumah tak sempat.

“Jadi, siapa yang ada perancangan silakan la bagi yang berkemampuan.

“Saya rasa belum cukup mampu lagi untuk merancang nak ada gosip dengan siapa,” ujarnya berseloroh.

Imam Muda Asyraf atau nama penuhnya, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 34, ditemui ketika majlis Rumah Terbuka Serai Mas di Ruang, Shah Alam.

Jelasnya lagi, meski masa dengan isteri terhad dek kerana kesibukan jadual kerjaya sebagai pendakwah, kini Nur Husna Yusof sudah lali dengan keadaan itu.

“Alah bisa, tegal biasa. Tapi dah hampir lima ke enam tahun dia (isteri) sudah faham karier saya. Dan saya hanya bagi masa yang terbaik kepada dia,” kata Duta Serai Mas, Jus Hidayah Gold.

Asyraf dan Husna mendirikan rumah tangga pada 2010 dan dikurniakan dua anak lelaki, Aisy Raihan Aisy Abdurrahman dan perempuan, Setia Ku Aisyah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");