Panasnya Hari Ini

Jadilah Pembangkang Yang Berwibawa

SHAH ALAM – Rakyat akan menjadi penentu kepada pilihan raya akan datang dan mahu atau tidak kerajaan serta pembangkang perlu berdepan dengan realiti tersebut.

Penganalisis Politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Syed Alsagoff berkata, masa dan peluang yang dimiliki sekarang perlu digunakan BN untuk menunjukkan mereka adalah yang terbaik berdasarkan kepada pengalaman memerintah negara sebelum ini.

Katanya, peranan pembangkang dalam sidang Parlimen, bukan sahaja membangkang satu-satu isu tetapi boleh mengkritik kerajaan sekarang.

“Mengkritik itu bermaksud bahawa pembangkang boleh memberi jalan penyelesaian untuk sebarang penambahbaikan terhadap cadangan atau perkara yang dibangkitkan kerajaan.

“Apabila situasi itu berlaku, ia boleh dikatakan sebagai berpolitik cara matang dan bukannya kalau tidak puas hati terus menghina,” katanya dalam siaran Sinar Live, semalam.

Mengulas mengenai hasrat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bekerjasama dengan bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin adalah perkara positif.

Beliau berkata, Syed Saddiq dalam ucapannya mengatakan jika kerjasama itu berjaya ia bakal memberi kebaikan kepada bidang sukan dan belia di negara ini.

“Itu adalah kematangan dalam berpolitik. Peranan yang dibawa oleh wakil rakyat baharu membuka satu demensi baharu pada Parlimen dan kerajaan itu sendiri.

“Umno contohnya, sebagai parti yang pernah menjadi kerajaan, sudah tentulah mereka bepengalaman. Jadi, apabila mereka menjadi pembangkang yang bagus dan memberi manfaat bolehlah mereka bantu kerajaan,” katanya.

Menurutnya, terdapat beberapa perkara diutarakan oleh PH, seperti isu pendidikan dan isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah isu utama yang terkandung dalam manifesto mereka, namum belum dilaksanakan kerana senario semasa.

“Saya percaya bahawa tumpuan PH adalah kepada beberapa perkara penting berdasarkan kepada hal yang bersangkut paut dengan rakyat.

“Apa saha ja yang dilakukan kerajaan atau pembangkang, ia dilakukan untuk rakyat dan bukan untuk parti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");