Perak Hari Ini

Perjanjian Kerajaan Negeri-SWCorp Akan Dikaji

IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan mengkaji semula perjanjian pengambilalihan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Perak yang dikatakan telah dimetarai pentadbiran sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Yong Choo Kiong berkata, selain organisasi tersebut, kerajaan negeri juga akan mengadakan perbincangan dengan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan cadangan pengurusan sisa pepejal di seluruh Perak.

“Cara pengurusan yang mereka usulkan memang saya setuju tetapi kita bimbang apabila kita swastakan pengurusan ini kepada syarikat-syarikat terbabit, ia akan melibatkan kos yang tinggi di setiap PBT.

“Kalau kita terpaksa naikan cukai taksiran, ia akan menggusarkan penduduk setempat. Walau bagaimanapun perkara ini kita akan kaji semula,” katanya.

Difahamkan, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan di sekitar kawasan Manjoi kini berada diperingkat uji cuba.

Tambah Choo Kiong, jika tiada sebarang masalah khususnya yang melibatkan kos tinggi, kerajaan negeri berkemungkinan tidak akan menolak perjanjian SWCorp.

“Setiap minggu mereka ada susunkan jadual kutipan sampah yang kita dapati baik. Malah ada juga mengutip sampah yang berskala besar seperti melibatkan almari lama, kerusi sofa yang tidak digunakan lagi dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam satu sesi program turun padang Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Kawasan Rekreasi Gunung Lang, dekat sini, pada Selasa.

Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Pada perkembangan sama, Choo Kiong berkata senarai nama Ahli Majlis PBT yang baharu sudah pun sempurna dan acara angkat sumpah akan dijalankan minggu ini dengan kadar segera.

Beliau dimaklumkan MBI akan mengadakan acara angkat sumpah Ahli Majlis pada Isnin, berikutan jadual program PBT tersebut yang padat pada minggu ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");