Berita Hari Ini

Kabinet Bincang Isu Dr Zakir

SHAH ALAM: Kerajaan akan bertindak sewajarnya dan sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang dalam apa juga kes dan bukan hanya dalam kes membabitkan pendakwah kontroversial Dr Zakir Naik.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata setahu kerajaan, India menyatakan bahawa negara itu mempunyai kes terhadap pendakwah berkenaan.

“Jadi, saya fikir apa yang perlu dilakukan ialah apabila kes itu dikemukakan, keputusan akan dibuat sama ada untuk menghantarnya pulang atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Pengembangan Pusat Parcel Bersepadu (IPC) di sini semalam.

Memetik laporan Bernama, Gobind berkata perkara itu telah dibincangkan dan ditangani dalam mesyuarat Kabinet kelmarin.

Dr Zakir, yang mempunyai taraf Pemastautin Tetap Malaysia, dilaporkan dikehendaki oleh kerajaan India kerana dakwaan mempromosi keganasan dan pengubahan wang haram.

Dr Zakir menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membenarkan beliau berada di negara ini dan mengkaji kesnya dari ‘perspektif yang tidak berat sebelah’.

Beliau berkata keputusan itu mengukuhkan keyakinannya terhadap sistem keadilan dan keharmonian kaum di Malaysia sambil menambah ini adalah bukti kepada kejayaan amalan kepelbagaian kaum di negara ini.

Dr Mahathir dilaporkan berkata Malaysia tidak akan menghantar pulang Dr Zakir “selagi beliau tidak menimbulkan masalah di negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");