Perak Hari Ini

Kawasan Kampung Gajah Salah Satu Lokasi Eksesais Gerak Pantas

IPOH:Eksesais Gerak Pantas akan dilaksanakan bermula 18 hingga 21 Julai ini di beberapa lokasi di Negeri Perak iaitu melibatkan kawasan Kampung Gajah, Seberang Perak.

Memetik kenyataan media yang dikeluarkan Sel Risik Markas 10 Briged (Para) Eksesais tersebut merupakan Eksesais Bilateral di antara Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dengan United State Air Force (USAF).

“Eksesais ini berkonsepkan latihan Field Training Exercise dan Subject Matter Exchange iaitu latihan yang dilaksanakan memfokuskan kepada Mass Drop, Guguran Udara dan Conventional Warfare.

“Tujuan utama perlaksanaan latihan bersama ini adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada anggota daripada 10 Briged (Para) dan USAF, khususnya dalam Mass drop dan guguran udara.Latihan penerjuanan akan dilaksanakan pada 18 Jul 2018 jam 10 pagi,” memetik kenyataan tersebut.

Oleh itu, penduduk di kawasan terbabit dinasihati agar tidak panik dan hadir untuk menyaksikan latihan penerjunan di sekitar kawasan latihan sepanjang eksesais dilaksanakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");