Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Akan Bantu Pusat Pendidikan Al-Baraqah Tolak Dakwaan Halang Ceramah

IPOH:Kerajaan Negeri diterajui Pakatan Harapan akan berbincang dengan pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al Baraqah untuk mengenalpasti kaedah yang sesuai bagi membolehkan pusat berkenaan terus beroperasi seperti biasa.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum di atas isu kekangan dana Pusat Pendidikan Al Barakah yang diasaskan dan dikendalikan oleh penceramah bebas Datuk Mohd Ustaz Kazim Elias yang berpusat di Manjoi di sini.

“Susulan daripada laporan media dan media sosial, saya dengan ini menzahirkan keprihatinan dan komitmen untuk membantu pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al Barakah berkaitan kekangan kewangan yang dihadapi,”katanya.

Tambahnya, pihak kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenai kekangan dana yang dihadapi oleh pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al Barakah sehinggalah isu berkenaan dilaporkan oleh pihak media dan ditularkan di media sosial.

“Bagaimanapun, saya komited untuk membantu pengurusan Pusat Pendidikan Al Barakah demi kepentingan para pelajar dan para kakitangannya.

“Saya juga menyambut baik keputusan Datuk Mohd Kazim Elias hari ini untuk menangguhkan cadangan penjualan Unit Tahfiz Al-Quran di Pusat Pengajian Al Barakah sementara mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi kepentingan ummah yang mendapat manfaat daripada aktiviti pengajian Islam di pusat berkenaan,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan kononnya kerajaan Pakatan Harapan telah mengharamkan Datuk Mohd Kazim Elias dari berceramah, Faizal menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak pernah sama sekali, secara langsung atau tidak langsung mengeluarkan arahan sedemikian.

“Biarpun begitu, secara peribadi saya memaafkan pihak tidak bertanggungjawab yang terlibat menyebarkan fitnah berkenaan serta mendoakan semoga mereka mendapat pengampunan dan petunjuk dari Allah SWT,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");