Berita Hari Ini

‘Kerajaan Zalim Beku Akaun Saya, Anak-anak’

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyelar pembekuan akaun bank beliau dan anak-anaknya dan menyifatkan langkah itu sebagai zalim.

Najib berkata beliau hanya sedar akaun peribadinya dibekukan selepas ceknya untuk membayar bil perubatan anaknya ditendang bank.

“Tindakan tidak wajar agensi (kerajaan) dan masa akaun saya dibetulkan itu adalah tidak wajar.

“Saya kecewa dengan tindakan itu, masanya dan amalan zalin oleh kerajaan hari ini,” katanya, sebagaimana dilaporkan MalaysiaKini.

Puteri Norlisa, anak perempuan Najib dengan isteri pertama Puteri Zainah Tengku Iskandar dilapor menghidap kanser tahap empat (akhir).

Beliau dilapor mengalami masalah membayar bil hospital susukan pembekuan akaun banknya.
Anak Najib sakit kanser, sukar bayar bil hospital

Najib dalam kenyataannya di Facebook hari ini bagaimanapun berkata beliau difahamkan akaun bank anak-anaknya tidak lagi dibekukan bermula pagi ini.

Beliau justeru berkata, tindakan itu membuktikan pembekuan sebelum ini sebenarnya tidak berasas.

Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Najib berkata pembekuan akaun bank sebenarnya tiada kena mengena dengan siasatan yang sedang berjalan terhadapnya.

Katanya, akaun peribadinya hanya digunakan untuk menerima gaji sebagai anggota parlimen dan bayaran pencen sebagai bekas menteri besar Pahang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");