Perak Hari Ini

KPKT Minta Kerajaan Negeri Sediakan Tapak Sesuai Untuk Projek Perumahan B40

IPOH:Kerajan Negeri Perak disaran menyediakan tapak tanah yang sesuai dan strategik untuk membina projek perumahan bagi golongan B40.

Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin berkata tapak tersebut perlu sesuaoi dengan corak hidup golongan B40 malah perlu lengkap dengan kemudahan infrastruktur.

“Tanah tersebut perlu sesuai, sudah ada infrastruktur kita tidak mahu B40 diletakkan dikawasan yang tidak ada jalan raya, tidak ada pembangunan dan kemudahan kerana ini akan memundurkan mereka,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan,Kerajaan Tempatan,Pengangkutan Awam,Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Yong Choo Kiong di Bangunan Darul Ridzuan hari ini.

Katanya lawatan tersebut bagi berkongsi hala tuju dan dasar kementerian serta perbincangan berkaitan isu perumahan melibatkan B40.

“Kita perlu menyediakan perumahan yang selesa dalam usaha membangunakan komuniti B40 supaya mereka lebih berdaya dalam pengurusan harta, kesejahteraan, kebersihan dan persekitaran.

“Tindakan memperkasakan mereka perlu supaya mereka memberi maklum balas kepada program anjuran kerajaan pusat melibatkan dasar dan polisi baru,” katanya.

Katanya lagi program kesedaran perlu dipertingkatkan bagi menambah pengetahuan dan ilmu golongan B40 agar dasar yang akan dilaksanakan kelak mudah diterima pihak ini.

“Kerajaan negeri perlu bertanggungjawab menyediakan perumahan untuk rakyat di peringkat negeri dan kerajaan persekutuan pula bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri tetapi mereka perlu laksanakan tanggungjawab itu dahulu.

“Jika kita dapat melakukannya kita akan dapat meningkatkan lagi taraf hidup golongan B40,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");