Berita Hari Ini

Terima Kasih Kerana Layan Dengan Baik – Najib

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan penghargaannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak keselamatan.

Beliau berkata ia atas profesionalisme yang ditunjukkan mereka ketika dirinya ditahan dua hari lalu.

“Saya berterima kasih kepada pegawai dan anggota SPRM dan pihak keselamatan di atas profesionalisme mereka ketika saya ditahan.

“Saya telah dilayan dengan baik dan penuh hormat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini, sebagaimana dilaporkan MalaysiaKini.

Selepas siri serbuan di beberapa hartanah berkaitannya dan dua soal siasat berhubung skandal 1MDB, SPRM akhirnya menahan Najib pada 3 Julai lalu.

Selepas semalaman di lokap SPRM, beliau akhirnya dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk didakwa.

Tidak seperti individu lain sebelum ini yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga, Najib tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta dengan berkemeja putih, sut biru gelap dan bertali leher, serta tidak digari.

Najib dihadapkan tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahguna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");