Jenayah

MH17: Malaysia Terus Komited Bagi Mencapai Keadilan – Loke

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited mencapai dan mendapatkan keadilan untuk mangsa yang terkorban dalam insiden penembakan pernerbangan Malaysia Airlines MH17.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata Malaysia bersama-sama dengan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) tidak akan menghentikan siasatan sehingga mencapai kesimpulan.

“Komitmen kami adalah kepada keluarga mangsa terkorban dan kami bersama-sama JIT akan terus mencari jawapan untuk mendapatkan keadilan.

“Kami sentiasa menyokong proses penyiasatan yang telus dan menyeluruh dan berharap orang ramai dapat tampil untuk membantu dalam proses ini serta terus memberikan bukti sokongan tambahan yang berkaitan dengan pihak yang bertanggungjawab.

“Ia sudah pastinya sukar bagi keluarga mangsa yang telah mencuba untuk 48 bulan. Tiada kata-kata lain yang boleh menggambarkan kesedihan mereka pada masa ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini lapor Astro Awani.

Sebelum ini, Kumpulan Tujuh Menteri-Menteri Luar (G7) mendesak Rusia untuk bertanggungjawab dan menjawab semua persoalan berhubung kes penembakan Penerbangan Malaysia Airlines MH17.

Menteri Luar Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Wakil Tinggi Kesatuan Eropah mengeluarkan kenyataan yang menggesa Rusia untuk bekerjasama dengan Belanda dan Australia.

Menurut kenyataan itu, G7 menyokong segala penyiasatan JIT yang diketuai Belanda, Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.

“Kami menyokong sepenuhnya penyiasatan Pasukan Penyiasat Bersama yang diketuai Belanda, Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.

“Kami memberi sokongan kami kepada Australia dan Belanda yang menyeru Rusia supaya mengambil tanggungjawab dalam insiden tersebut dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam mendapatkan keadilan bagi mangsa terkorban MH17 dan keluarga mereka,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Pada 17 Julai 2014, pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines tersebut dalam penerbangan dari Armsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di ruang udara zon konflik di selatan Ukraine.

Kesemua 298 penumpang dan anak kapal terkorban.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");