Berita Hari Ini

Pelajar TVET Perlu Baiki Komunikasi, Kefahaman Kehendak Industri

BANGI: Pelajar sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dinasihatkan untuk memperbaiki kemahiran berkomunikasi bagi mencerahkan lagi peluang untuk mendapatkan pekerjaan.

Selain itu, para majikan yang mengadakan temu duga terbuka sempena Sambutan 7 Dekad Majlis Belia Malaysia juga menyatakan para pelajar berkenaan perlu pandai mencari peluang pekerjaan untuk diri mereka.

Memetik laporan Utusan Online, Pakar Lantikan Pekerja Texas Malaysia Sdn. Bhd., Nurfazliana Muhamad Azmi, berkata kelemahan berkomunikasi sering merencatkan peluang mendapatkan pekerjaan bagi lepasan sistem TVET.

Berdasarkan pengalaman mengendalikan temuduga, Nurfazliana berkata dia sering mendapati pelajar lepasan TVET sering gagal untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan penemuduga dengan baik.

“Destinasi tidak dinafikan mereka mempunyai tahap kemahiran berkomunikasi, masih banyak yang perlu mereka baiki,” katanya ketika ditemui Utusan Online.

Selain itu para majikan juga menyarankan agar pelajar TVET diberikan lebih banyak latihan industri untuk menjadikan mereka lebih memahami kehendak industri.

Bagi Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran Mediconstant Pharmacy Sdn. Bhd., Looi Lin Fun perkara ini penting kerana kefahaman mengenai kehendak industri memberikan lepasan TVET kelebihan sewaktu menghadiri temuduga.

“Tidak dinafikan lepasan TVET telah mendapat pendidikan kemahiran yang baik namun saya dapati kefahaman mereka tentang kehendak industri agak rendah, mungkin kerana kurang mendapat latihan industri,” kata beliau.

Sejak 2010 hingga 2016, seramai 4,976 pelajar telah mendapat latihan di 41 buah institusi latihan kemahiran yang bekerjasama dengan MBM di bawah Program Belia Mahir.

Terkini, seramai 504 graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional telah dianugerahkan sijil dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen Belia Mahir kali Ke-5 yang berlangsung di sini pagi ini.

Majlis konvokesyen bagi graduan-graduan dari 11 buah kolej kemahiran di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM) tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");