Panasnya Hari Ini

PAS Juga Mungkin Tak Bertanding PRK Balakong

KOTA BHARU: Sama seperti di DUN Sungai Kandis, PAS juga mungkin tidak akan bertanding di PRK Balakong yang bakal diadakan.

Naib presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, belum ada keputusan rasmi berhubung perkata itu tetapi sebahagian besar pandangan dalam PAS merasakan parti itu tidak perlu meletakkan calon.

“Sebagaimana kita ambil keputusan tidak sertai PRK Sungai Kandis, situasi sama juga di DUN Balakong.

“Tambahan pula majoriti pengundi Melayu di Balakong lebih rendah berbanding Sungai Kandis. Ini menguatkan lagi pendirian kita untuk tidak menyertainya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

PRK perlu diadakan di DUN Balakong berikutan kematian penyandangnya Ng Tien Chee, 40, dalam kemalangan kira-kira pukul 1 pagi Jumaat lalu.

DUN Balakong adalah kerusi majoriti Cina dengan 61 peratus pengundi, diikuti Melayu (30 peratus), India (9 peratus) dan lain-lain (1 peratus).

Sejak DUN itu diwujudkan untuk PRU 1995 PAS sememangnya tidak bertanding di situ, kecuali pada PRU lalu apabila mencalonkan Mohd Ibrahim Ghazali.

Pada PRU itu, Ng meraih 41,768 undi (majoriti 35,538 undi) menewaskan Mohd Ibrahim (6,230) dan calon BN Lim Chin Wah (5,874).

Mengulas PRK Sungai Kandis, Mohd Amar berkata PAS tidak membuat sebarang perbincangan mahupun perancangan termasuk dalam soal membantu calon BN selaku pembangkang.

“Kita tiada arahan apa-apa lagi, cuma secara rasmi kita tak akan bantu BN di Sungai Kandis, dan kita juga tiada sebarang perbincangan dengan BN,” katanya lagi..

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");