Panasnya Hari Ini

PRK Sg Kandis: PAS, Umno 2 Beradik, Kata Dr M

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pelik dengan langkah PAS memberikan laluan kepada Umno untuk bertanding 1 lawan 1 dengan Pakatan Harapan di DUN Sungai Kandis.

“Mereka memang 2 beradik,” katanya ringkas ketika diminta mengulas langah PAS tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil 4 Ogos ini.

Dr Mahathir ditemui pemberita di majlis rumah terbuka anjuran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penamaan calon hari ini menyaksikan calon Pakatan Harapan, Mohd Zawawi Mughni akan mempertahankan kerusi itu dari calon Barisan Nasional, Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K Murthy.

PRK Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandang, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");