Perak Hari Ini

Sijil Terbakar, Pelanggan Rasa Teraniaya

IPOH:Seorang lelaki mendakwa teraniaya apabila mendapati sijil pengajiannya rosak terbakar semasa dalam proses liminate dalam kejadian yang berlaku di sebuah kedai di Taman Tawas baru Tasek di sini malam semalam.

Menurut sumber dia bertindak ke kedai berkenaan untuk melakukan proses liminate sijil tersebut sekitar jam 10 malam semalam bagaimanapun setelah hadir semula ke kedai berkenaan sijil tersebut dilihat rosak dan terbakar.

“Sijil saya telah terbakar dan terputus pada bahagian tengah atas kecuaian pemilik kedai dan saya telah bertanya mengenai perkara yang berlaku namun saya tidak menerima penjelasan yang memuaskan,” katanya.

Tambah sumber lagi, pemilik kedai enggan menyatakan punca sebenar mengakibatkan sijilnya rosak dan satu laporan polis telah dibuat mengenai kecuaian itu.

“Pemilik kedai boleh cakap dia tak tau macam mana boleh berlaku jadi saya mahu pelanggan lain berhati-hati mendapatkan perkhidmatan di sini supaya tidak terjadi sebegini,” katanya.

Katanya pemilik kedai perlu lebih bertanggungjawab terhadap apa perkhidmatan yang diberikan tanpa sewenang-wenangnya lepas tangan sedemikian.

“Dia baru sahaja bakar salinan sijil pengajian saya dan mengaku tidak tahu mengenainya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");