Berita Hari Ini

‘Sila Duduk Dan Jangan Lari’

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 dengan ‘amaran’ kepada ahli Parlimen supaya duduk dan tidak keluar dewan.

Baginda yang masuk ke Dewan Rakyat pada jam 10.45 pagi memulakan titah dengan nada jenaka.

“Tuan-tuan yang berhormat sekalian, sila duduk dan jangan lari,” titah baginda lapor Sinar Harian.

Titah baginda itu disambut gelak tawa seisi Dewan Rakyat.

Sultan Muhammad V bertitah demikian susulan tindakan Ahli Parlimen BN dan Pas yang bertindak keluar dewan semalam kerana membantah pelantikan Speaker Dewan Rakyat,Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");