Perak Hari Ini

Sultan Perak Bakal Rasmi Mesyuarat DUN Pada Ogos

IPOH: Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri  (DUN) Ke-14 yang bakal berlangsung pada Ogos nanti akan dirasmikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, pada persidangan tersebut, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan diberi ruang untuk membahaskan titah ucapan Baginda.

Tambahnya, persidangan kali ini juga akan dijadikan medium bagi merealiasikan Menifesto Pakatan Harapan (PH) negeri pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

“Dalam Manifesto PRU14, kita telah menjanjikan lima teras utama manifesto termasuk soal kebajikan ekonomi rakyat, serta 10 dasar tumpuan.

“Pakatan Harapan juga akan melaksanakan janji-janji daripada 31 janji yang ditawarkan kepada rakyat termasuk pemberian air percuma kepada golongan sasar,” katanya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan perlantikan Speaker DUN baharu iaitu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Aminuddin Zulkipli sebagai Timbalan Speaker.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media selepas selesai majlis angkat sumpah jawatan ADUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, ADUN Aulong yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming menyambut baik dan mengucapkan tahniah kepada mereka terhadap perlantikan tersebut.

Jelasnya beliau yakin dengan pengalaman luas dalam bidang perundangan dan kehakiman bagi Koo Ham dan Aminuddin bakal membawa perubahan baharu selain melicinkan agenda reformasi kepada DUN Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");