Perak Hari Ini

59 Adun Perak Angkat Sumpah

IPOH: Seramai 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak mengangkat sumpah jawatan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, hari ini.

Kesemua mereka mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN baharu, Datuk Ngeh Koo Ham.

Upacara mengangkat sumpah didahului Menteri Besar Perak, yang juga ADUN Chenderiang, Ahmad Faizal Azumu dan diikuti 10 Exco Kerajaan Negeri sebelum disusuli oleh semua ADUN Pakatan Harapan (PH) lain.

Seorang wakil bebas, ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi turut mengambil giliran mengangkat sumpah.

Ia kemudiannya dikuti semua ADUN Barisan Nasional (BN) yang dimulai ADUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta tiga daripada Pas.

Selepas penyempurnaan majlis, DUN kemudiannya ditangguhkan ke suatu tarikh yang bakal ditetapkan kemudian.

Speaker turut menasihati agar kesemua ADUN harus mematuhi dan memahami segala peraturan mesyuarat dan undang-undang tubuh kerajaan negeri.

PH berjaya mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas Nolee dan ADUN Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharudin mengumumkan keluar daripada UMNO dan BN serta menyatakan serta menyatakan sokongan kepada PH.

Ia menjadikan DUN Perak kini, 30 kerusi diduduki wakil PH, 25 BN, 3 milik Pas, dan seorang wakil bebas.

Dalam komposisi PH, 18 kerusi dimiliki DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) enam kerusi, PKR empat kerusi serta dua dimiliki Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");