Berita Hari Ini

Terengganu Sedia Taja Tangan Palsu Nur Zulaikha

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri sedia menaja kos rawatan Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli, 7, untuk mendapatkan tangan palsu bagi membolehkan kanak-kanak meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau akan melawat kanak-kanak itu dalam masa terdekat.

“Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantunya meneruskan kehidupan seperti biasa. Diharapkan juga beliau dan keluarga tabah serta cekal menerima dugaan yang berat ini,” katanya menerusi catatan laman sosial Facebook beliau hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam semalam, mangsa putus lengan kiri selepas bajunya tersangkut pada rim motosikal ketika membonceng motosikal yang ditunggang kakak sepupunya, Noor Aina Hananie Razalie, 18.

Mereka sedang dalam perjalanan ke rumah penghulu kampung bagi mendapatkan cop pengesahan permohonan pembiayaan pendidikan Yayasan Terengganu (YT) apabila tragedi itu berlaku.

Kemalangan di Kampung Binjai Bongkok dekat Marang itu menjadi viral dan mendapat perhatian rakyat Malaysia yang simpati dengan nasib malang kanak-kanak terbabit, yang masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Semalam, ketika ditemui Bernama, bapa kanak-kanak itu, Zulkifli Mohamad, 38, melahirkan kebimbangan ekoran keputusan awal doktor yang menyatakan kemungkinan anaknya tidak dapat menggunakan tangan palsu berikutan kecederaan yang dialaminya lapor BERNAMA.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");