Perak Hari Ini

Tidak Ada Lesen Hiburan Baharu Dikeluarkan – Exco

IPOH: Sehingga hari ini, tidak ada sebarang lesen pusat hiburan baharu yang dikeluarkan sama ada daripada kerajaan negeri mahupun pihak berkuasa tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Yong Choo Kiong, berkata pengeluaran lesen hiburan tersebut kini sedang dibekukan.

“Saya belum lagi pernah keluarkan satu pun lesen hiburan. Walaupun ada yang akan tamat tempoh.

“Jika ada mendapati mana-mana pusat hiburan yang didakwa baru beroperasi, sila maklumkan kepada kami. Dikhuatiri ia dijalankan secara haram,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam satu sesi program turun padang Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Kawasan Rekreasi Gunung Lang, dekat sini, pada Selasa.

Pada masa sama menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, lesen pusat hiburan hanya akan dikeluarkan oleh pihak pejabat daerah dan dikawal selia oleh pihak polis.

Sementara itu, sejajar dengan saranan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, Choo Kiong mengumumkan pada Sabtu ini, kerajaan negeri akan mengadakan acara gotong-royong peringkat negeri, yang melibatkan PBT di semua daerah.

Jelasnya, MBI akan menjalankan aktiviti tersebut di Taman Meru 1B, dekat sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");