Perak Hari Ini

Tidak Kecewa, Akan Terus Berkhidmat – Nga Kor Ming

IPOH: Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming mengakui tidak berasa kecewa selain menerima keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak menamakan beliau sebagai salah seorang barisan kabinet kerajaan persekutuan.

Jelasnya, beliau akan tetap akan meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat selain menyeru masyarakat agar terus memberi sokongan kepada Perdana Menteri dan kesemua kabinet yang dilantik.

Ketika ditanya sama ada partinya berpuas hati terhadap keputusan tersebut, Pengerusi DAP Perak itu berkata ianya akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

“Inilah masa untuk kita bina semula negara kita. Dan saya yakin dengan kepimpian Perdana Menteri yang berbekalkan pengalaman yang banyak, saya yakin beliau akan mampu memenuhi hasrat rakyat dan merealisasikan menifesto Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media selepas penyempurnaan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-13 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Kor Ming yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong enggan mengulas lanjut kritikan Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh kepada Perdana Menteri berhubung isu perlantikan kabinet.

“Saya difahamkan pimpinan parti akan bermesyuarat esok dan kita tunggu sekiranya terdapat sebarang kenyataan media daripada pimpinan parti,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");