Perak Hari Ini

Tular Dakwaan Tulang Khinzir Dalam Kolam Ikan: Ia Isu Lama

IPOH: Berkenaan posting yang sedang tular di media sosial sejak kebelakangan ini tentang dakwaan penemuan tulang khinzir dalam kolam ikan patin di Batu Gajah, Jabatan Perikanan Malaysia berkata ianya merupakan isu pada tahun 2014 yang sudah diselesaikan.

Menerusi satu kenyataan media pagi ini, jabatan tersebut juga telah mendapati premis yang didakwa itu tidak lagi beroperasi selain tiada sebarang aktiviti dijalankan di kawasan tersebut.

“Pihak jabatan telah mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu ini dan premis tersebut telahpun ditutup,” tulis kenyataant tersebut.

Posting tersebut mendakwa supaya orang ramai tidak membeli ikan air tawar daripada pasaraya-pasaraya besar kerana kononya ia diragui selain mendakwa ia merupakan maklumat daripada pihak Radio IKIMfm.

IKIMfm dalam satu kenyataan baru-baru ini juga turut menafikan dakwaan tersebut.

Ketua Pegawai Perhubungan Korporat, Sapuah Nawawi mengesahkan bahawa pihaknya tidak menyatakan mana-mana nama pasaraya sebagaimana yang didakwa posting berkenaan.

“Dimaklumkan bahawa Penyampai IKIMfm yang bertugas hanya membaca berita di akhbar-akhbar utama tanpa menyebut nama-nama pasaraya berkenaan.

“Begitu juga tiada satu pun dalam mana-mana siaran Berita IKIMfm yang menyebut berhubung dengan nama-nama pasaraya di atas,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");