Sukan Hari Ini

Van der Sar Yakin Belgium Juarai Piala Dunia

EDWIN van der Sar menyokong Belgium untuk memenangi Piala Dunia.

Skuad kendalian Roberto Martinez berdepen Perancis dalam separuh akhir awal pagi esok untuk mendapatkan tempat ke perlawanan akhir untuk bertemu Croatia atau England.

Belgium tidak layak ke Piala Dunia, tetapi mereka menyerlah menyingkirkan juara dunia lima kali Brazil 2-1 dalam suku akhir.

Ikon Belanda, Van der Sar berasakan tahun ini mungkin menjadi milik Belgium.

“Saya harap Belgium akan melakukannya,” kata Van der Sar, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

“Ia akan menjadi saat yang menakjubkan buat mereka, negara kecil yang hampir sama dengan Belanda.

“Sememangnya mereka memiliki kelab seperti Anderlecht, tetapi saingan Eropah didominasi oleh Perancis, England, Sepanyol Itali dan Jerman.

“Jadi ia merupakan satu perkembangan yang baik dan berharap Belgium mampu menjuarai Piala Dunia.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");