Membawang Hari Ini

Adakan Konsert Tampung Kos Pembedahan Suami

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal era 1980-an, Dayangku Intan, bakal mengadakan sebuah konsert bagi menampung kos pembedahan buah pinggang suaminya, Rosman Yahil, dan rawatan susulan yang menelan belanja ratusan ribu ringgit.

Bintang yang cukup dikenali dengan lagu Semakin Rindu Semakin Sayang itu sendiri bakal mendermakan buah pinggangnya demi suami tercinta.

Kata Dayang, 52, konsert Dana Prihatin Untukmu itu dijadualkan berlangsung pada 23 September depan Di Dewan Perdana Felda, di sini.

“Selain simpanan peribadi dan bantuan teman rapat, kos pembiayaan dan rawatan susulan juga akan ditampung oleh hasil jualan meja konsert terbabit.

“Bukan sedikit jumlah yang diperlukan dan saya berharap konsert ini akan mendapat sambutan ramai, sekali gus mampu meringankan beban yang ditanggung.

“Konsert itu nanti akan turut menampilkan penyanyi jemputan, selain persembahan saya sendiri yang mengambil masa kira-kira 40 minit. Saya hanya akan menyanyikan lagu sendiri pada konsert itu, sama ada yang popular ataupun kurang dikenali,” katanya lapor BH Online.

Rosman, 56, berdepan masalah kegagalan pada kedua-dua buah pinggangnya dan sehingga kini masih menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta.

Kata penyanyi itu, konsert julung kali dijayakan selepas tiga dekad berada dalam dunia seni anjuran Kit Entertainment itu akan memaparkan perjalanan kisah hidupnya yang menjaga suami dan anak yang sakit, pada masa menjadi penyanyi.

“Orang mungkin tidak tahu bagaimana kehidupan seharian saya sebagai isteri dan juga penyanyi. Setiap hari, saya akan bergilir-gilir membawa suami untuk mendapatkan rawatan dialisis dan terapi untuk anak yang ada masalah hati. Saya merakamkan semua pengalaman itu dan ia akan ditayangkan pada konsert terbabit nanti,” ujarnya.

Maklumat lanjut mengenai konsert amal itu boleh didapati dengan menghubungi talian 019-2006786 (Kit Rushuhaimin) menerusi aplikasi WhatsApp.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");