Panasnya Hari Ini

Awas Umno, Tangan Saya Ada Besi Sekarang: Anwar

KOTA RAJA – Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi membuat kemunculan istimewa selepas pulang dari Turki sesudah berehat setelah selamat menjalani pembedahan.

Katanya, meskipun masih kurang sihat sepenuhnya susulan pembedahan berkenaan, namun atas dasar ‘susah senang bersama’ beliau tetap gagahkan diri untuk hadir memberi ceramah.

“Walaupun saya baru balik dari Turki tapi saya rasa bertanggungjawab untuk bersama dengan rakan pastikan calon kita menang,” katanya ketika memberi ceramah khas di sini malam tadi memetik laporan Sinar Harian.

Dalam pada itu ketika berseloroh berkempen beliau mengingatkan Umno/BN agar berwaspa dengannya sekarang.

“Alhamdullillah pinggang nampak baik boleh lari dah… bahu ambil masa sikit sebab letak besi jadi saya nak beri amaran kepada Umno dan BN jaga baik-baik, tangan saya besi sekarang, dulunya nak lesing biasa sekarang lesing dengan besi… itu gurau sahaja,” katanya disambut gelak tawa hadirin.

Pada 8 Julai lalu, Anwar menjalani pembedahan tulang belakang dan menjalani pembedahan lain di bahu kanannya pada 12 Julai.

Beliau sebelum ini mengalami ‘lumbar central stenosis’, keadaan di mana saluran tulang belakang sempit sehingga menyebabkan rasa sakit dan kebas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");