Perak Hari Ini

Dakwaan PH Perak Bergolak, Tak Berasas

IPOH:Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak menafikan desas-desus mengatakan perantakan Pakatan Harapan negeri ini sebagai satu dakwaan tidak berasas.

Ketua Penerangan Keadilan Perak Siti Aishah Shaik Ismail dalam satu kenyataan berkata laporan tulisan ringkas awang selamat di Utusan hari ini adalah kenyataan ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas dan bersifat menimbulkan persepsi yang tidak sihat dikalangan rakyat dan pendokong PH Perak.

“Tidak ada mana parti politik pun yang bertindak sebagai satu gabungan tidak mempunya permasalahan tersendiri,namun jelas di Perak ia adalah perkara normal akan tetapi tidak seperti yang dimaksudkan.

“PH di Negeri Perak kini komited untuk terus bekerja bagi melaksanakan tanggungjawab mereka kepada rakyat.

“Bagi saya apa jua yang dimaksudkan oleh mana-mana pihak adalah sebagai satu andaian yang mahu menjatuhkan kredibiliti kepimpinan PH Perak terutamanya Menteri Besar,” katanya.

Tambahnya lagi,PH Perak serba maklum soal amanah dan tanggungjawabnya yang diberikan rakyat kepada mereka dan pastinya keseluruhan kepimpinan mahu bekerja sebaiknya dalam usaha untuk melaksanakan janji-janji pilihanraya yang telah dibuat.

“Saya memperingatkan kepada mana-mana pihak yang cuba untuk menjejaskan kerajaan yang sedia ada ini agar berfikir dua kali kerana rakyat bukan lagi mereka yang tidak bijak dalam mentafsir sesuatu perkara.

“Semoga dengan segala bentuk tuduhan ini akan memberikan lagi kekuatan dan semangat berpasukan kepada PH Negeri Perak agar terus bekerja dan menjalankan tanggungjawab yang sedia ada dengan memastikan rakyat menjadi tunjang utama dalam pemerintahan.

Katanya Keadilan Negeri Perak tegas menyokong kepimpinan PH Negeri Perak dibawah pentadbiran Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");