Berita Hari Ini

Dr Mahathir Dukacita Kematian Kofi Annan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau dukacita atas kematian bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan hari ini.

“Saya berdukacita apabila mengetahui tentang kematian Kofi Annan, bekas setiausaha agung PBB. Semoga rohnya memperoleh ketenangan,” menurut catatan Dr Mahathir menerusi Twitter.

Annan, pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2001 dilaporkan meninggal pada usia 80 tahun selepas uzur beberapa ketika.

Beliau yang dilahirkan di Ghana berkhidmat sebagai setiausaha agung PBB dari 1997 hingga 2006. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");