Sukan Hari Ini

Fred Pilih United Sebab Silva

LONDON: Pemain kebangsaan Brazil, Fred memilih Manchester United berbanding beberapa kelab utama lain berdasarkan nasihat rakan senegara yang juga ejennya, Gilberto Silva, dedah pemain tengah itu, hari ini.

Pemain berusia 25 tahun itu, yang menjadi satu-satunya pemain ternama berjaya dipancing United kepada jendela perpindahan dan mencetuskan berang pengurus, Jose Mourinho berkata Silva yang juga bekas pemain Arsenal merasakan Red Devils kelab paling sesuai untuknya.

Memetik artikel Harian Metro, Fred yang tiba ke United dari kelab Ukraine, Shakhthar Donetsk dengan nilai £47 juta (RM249.12 juta) berkata sebaik saja Silva bercakap dengan Mourinho, dia memutuskan ia adalah pasukan terbaik.

Ia sekali gus mengecewakan beberapa kelab utama lain seperti juara Inggeris, Manchester City, juara Perancis Paris Saint Germain atau beberapa kelab dari China yang turut berminat.

“Dia (Silva) banyak memuji kelab ini dan selepas dia diberikan peluang untuk bercakap dengan Jose Mourinho dan beberapa orang penting di United, kami membuat keputusan bersama untuk saya datang ke sini,” kata Fred dalam laman web pasukan itu.

“Kami memutuskan ia adalah perpindahan yang baik untuk saya.”

Fred berkata Silva, 41, yang berada dalam skuad ‘Invincibles’ Arsenal pada kempen 2003/04 dan menjuarai Piala Dunia pada 2002 penting dalam pasukan pengurusannya berikutan pengalamannya di England.

“Gilberto adalah lelaki yang ternama dan nasihatnya amat bermakna kepada saya. Dia bermain di posisi yang sama seperti saya dan dia memenangi Liga Perdana, jadi saya menjadikannya inspirasi, dengar apa yang dia katakan.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");