Perak Hari Ini

Jumlah Sekolah SBP Di Perak Mencukupi Bagi Kemasukan Pelajar Cemerlang

IPOH:Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan setakat ini bilangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sedia ada adalah mencukupi dan mampu menampung kemasukan murid-murid cemerlang saban tahun di negeri ini.

Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar, Dr Abdul Aziz Bari berkata setakat ini terdapat tujuh sekolah berasrama penuh yang telah beroperasi dan jumlah tersebut masih mencukupi bagi menampung keperluan pendidikan setakat ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan oleh Adun Selama Mohd Akmal Kamarudin mengenai keperluan penyediaan sebuah sekolah asrama di Selama pada persidangan pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

“Setakat ini tiada perancangan penambahan sekolah berasrama penuh kerana ia sudah mencukupi iaitu tujuh buah SBP di Perak seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar, SM Sains Raja Tun Azlan Shah Sekolah Tuanku Abdul Rahman,SM Sains Teluk Intan,SM Sains Tapah,SM Sains Bagan Datuk dan SBPI Gopeng,” katanya.

Katanya sehubungan itu KPM sedang memperkasa SBP yang sedia ada dan buat masa ini tiada cadangan untuk membina Sekolah Berasrama Penuh (SBP) baru di daerah Selama.

“Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan Sekolah Rancangan Khas dan Kelas Rancangan Khas.

“Program Kelas Rancangan Khas ini telah berjaya meningkatkan peluang murid cemerlang luar bandar untuk ditempatkan di sekolah-sekolah terpilih bagi meningkatkan lagi kegemilangan mereka malah terdapat sejumlah lima buah sekolah turut melaksanakan program Rancangan Khas (RK) bagi murid-murid cemerlang di Daerah Larut Matang dan Selama.

“Antaranya seperti SMK Dr. Burhanuddin, SMK King Edward VII, SMK Convent, SMK Kamunting dan SMK Taman Tasik iaitu Program Kelas Rancangan Khas dilaksanakan adalah dengan matlamat melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik, sahsiah yang berkualiti setanding dengan Sekolah berasrama penuh dan MRSM,” katanya.

Katanya merujuk kepada projek pembangunan Kolej Kemahiran MARA di daerah Selama, pihak Kementerian Kewangan dalam surat edaran Bil bertarikh 26 Jun 2018 telah mengarahkan semua perolehan bekalan,perkhidmatan dan kerja samada tender terbuka,tender terhad dan rundingan terus yang belum di keluarkan SST (Surat Setuju Terima) perlaksanaannya ditangguh dan di tender semula.

Berikutan itu pihak MARA katanya akan menilai semula perojek ini dengan merujuk kepada pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk tindakan seterusnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");