Perak Hari Ini

Tambahan Unit Lampu Jalan Ikut Keperluan Dan Aduan

IPOH:Pemberian kemudahan dan penambahan lampu jalan adalah berdasarkan rungutan dan aduan yang diterima oleh pihak pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri Perak.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Paul Yong Choo Kiong berkata ahli majlis dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk memaklumkan kepada pihak PBT mengenai isu dan keperluan penambahan lampu jalan di setiap kawasan.

“Menerusi rancangan kesemua 15 PBT merangkumi keperluan tambahan 1000 unit lampu jalan akan diagihkan berdasarkan aduan oleh adun dan ahli majlis untuk memberi peranan untuk memaklumkan kepada pihak PBT sekiranya kawasan itu memerlukan lampu jalan,” katanya ketika menjawab soalan lisan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Beliau ketika menjawab soalan tambahan lisan Adun Jelapang Cheah Pou Hian mengenai agihan lampu jalan di negeri ini.

Katanya agihan kepada keperluan lampu jalan adalah dilakukan secara saksama dan mengikut keperluan.

Sementara itu, Kerajaan negeri menerusi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak meluluskan pengeluaran lesen sementara kepada peniaga di taman rekreasi kerana berdasarkaan undang-undang kecil taman awam yang tidak membenarkan penjajaan di taman awam setakat ini.

Malah katanya bagi proses kutipan sampah di taman awam dijadual sebanyak dua kali sebulan tetapi ada kutipan secara kerap mengikut aduan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");