Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Akan Tubuhkan Badan Pemikir Untuk Wanita

IPOH:Kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah badan pemikir dan institusi khas untuk merencana dasar dan inisiatif proaktif memartabatkan golongan wanita.

Exco Pembangunan Sahsiah, Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat,Wong May Ing berkata satu polisi dan strategi baru bagi mempertingkatkan keupayaan wanita sekaligus melestarikan dasar Kerajaan.

“Kerajaan Negeri melihat perlunya ruang dan peranan yang lebih besar diberi kepada kaum wanita di negeri ini dalam pelbagai aspek termasuk dalam bidang pentadbiran dan pembangunan.

“Bagi menghargai peranan wanita dalam pembangunan negara, Kerajaan Negeri mencadangkan penubuhan sebuah badan pemikir atau ”think tank” khusus untuk merencana dasar dan inisiatif baru yang lebih progresif demi memartabatkan wanita di Perak,”katanya pada sesi pergulungan persidangan pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Jelas beliau, berikutan itu ia akan ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk merangka polisi dan strategi yang membawa kepada pemberdayaan dan kemajuan wanita demi merealisasikan Negeri Perak yang inklusif.

Katanya lagi,pada peringkat awal, Kerajaan Negeri akan menjalankan satu ‘pilot projek’ untuk melihat keberkesanan dan peranan pasukan ‘think tank’ ini sebelum ianya diperkembangkan di masa hadapan dalam usaha memperkukuhkan institusi dan peranan wanita di Negeri Perak.

Tambahnya lagi, amalan dan persepsi “gender” ini merupakan penghalang utama dalam pembangunan pemikiran dan juga menghalang kesamarataan peluang dalam banyak aspek termasuk mendapatkan bantuan dan pekerjaaan kepada golongan wanita dan ibu tunggal.

Bagaimana pun, buat peringkat awal, Kerajaan Pakatan Harapan telah menetapkan dasar yang mana menetapkan bahawa 30 peratus ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mestilah dianggotai oleh para wanita.

“Susulan itu juga, pada 4 Julai 2018, Menteri KPKT juga telah memaklumkan 30 peratus wanita perlu duduk sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.

“Dua situasi ini membuktikan, Kerajaan Pusat dan Negeri sangat prihatin terhadap peranan wanita dan menjadikan isunya sebagai dasar untuk diikuti oleh semua pihak,” katanya menjawab soalan lisan diajukan Adun Jalong, Loh Sze Yee.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");