Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Terpaksa Tanggung Kerugian MAPS RM474.4 Juta – Kor Ming

IPOH: Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS) dilaporkan mencatat kerugian sebanyak RM474.4 juta, termasuk kemerosotan nilai aset sebanyak RM186.5 juta, semenjak ia dibangunkan pada 2013 sehingga kini.

Selain itu, pengurusan taman tema yang terletak di Meru Raya, di sini itu juga turut dilaporkan mengalami kerugian berikutan kemerosotan nilai aset, atas penghutang bukan dagangan, sebanyak RM90.4 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Nga Kor Ming berkata, disebabkan kepincangan pentadbiran dahulu, syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC), Perak Corporation Berhad , kini sedang terpaksa menanggung kesemua kerugian tersebut.

Ujarnya, menerusi jawapan soalan lisan yang tidak sempat dijawab dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diterimanya pagi tadi, Perak Corp merupakan pemegang saham terbesar dalam projek MAPS dengan jumlah pelaburan bernilai RM248 juta.

“Ia bukan tanggungjawab sesebuah kerajaan negeri untuk menguruskan sebuah taman tema secara terus. Sepatutnya ia diberi pada sektor swasta untuk melabur.Dan biarkan mereka yang menanggung segala kerugian ataupun keuntungan.”

“Kini, kerajaan negeri, khususnya rakyat terpaksa memikul dan menelan segala kepahitan yang diterima, akibat kesalahan kerajaan terdahulu,” katanya.

Tambahnya, pada perancangan awal, kerajaan negeri tidak terlibat secara langsung dengan perniagaan taman tema tersebut.

Jelasnya, kerajaan negeri, menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) hanya bertanggungjawab memberikan pajakan tanah untuk dibangunkan MAPS dan selepas tempoh itu tamat, PKNP boleh mengambilnya semula.

“Saya tidak tahu bagaimana rancangan ini berubah. Tiba-tiba pula kerajaan negeri menjadi pelabur terbesar dalam projek ini.

“Jika dikira sebanyak 6%, setiap bulan kita terpaksa jelaskan bayaran pinjaman bank sekurang-kurangnya bernilai RM15 juta,” katanya dalam satu sidang media di Banguan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Isnin.

Pada masa sama, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan itu menggesa agar pengauditan forensik dilakukan segara terhadap pengurusan MAPS.

Beliau turut menggesa agar pihak-pihak yang terlibat dengan semua kepincagan tersebut dihadapkan ke muka pengadilan dengan kadar segera.

Kor Ming juga berkata anggaran jumlah 2.1 juta pengunjung MAPS secara tahunan seperti yang dinyatakan sebelum ini adalah sebuah fakta yang tidak berasas apabila jumlah sebenarnya ialah kurang 10% daripada angka yang dinyatakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");