Panasnya Hari Ini

Konflik Tanah 999 Tahun: Aziz Bari Tetap Tuntut?

Nampaknya isu tanah ini semakin hangat apatah lagi selepas Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming membuat satu kenyataan berkaitan hal itu dan kemudian mengambil langkah U-turn. Mungkin kerana Kor Ming akur dengan keputusan MB Peja, namun apa yang dilihat desakan berkaitan isu tanah ini tidak terhenti.

Aziz Bari antara individu yang lantang mendesak MB Peja supaya menunaikan janji nampaknya masih belum berputus asa. Dan Nizar Jamaluddin selaku individu yang pernah meluluskan hak milik tanah kepada 114 kampung baharu di zaman pemerintahannya juga sepertinya tidak berdiam diri.

Apakah motif kedua-dua pemimpin Pakatan Harapan ini?

Apa yang jelas, MB Peja masih mengambil langkah berdiam diri selepas membuat kenyataan di Persidangan Dun Perak baru-baru ini yang menyatakan bahawa hak milik tanah adalah dibawah kuasa MTN.

Namun sehingga ke hari ini, Aziz Bari masih bertegas agar ia dilaksanakan dan dalam masa sama seolah-olah sedang berdrama bahawa tiada desakan dilakukan ke atas MB Peja.

Sedangkan Pengerusi DAP sendiri telah mengambil keputusan untuk U-TURN dan Aziz Bari pula terus menerus bertegas dalam hal ini.

Cuba mendapatkan respon Adun-adun PH yang lain namun rata-rata masih meletakkan kepercayaan pada MB Peja untuk membuat keputusan berkaitan hal itu.

Dan ia sekaligus menunjukkan hanya ada 2 orang Adun sahaja yang begitu berani membuat kenyataan bertentangan dengan kepimpinan tertinggi negeri.

Apa-apa pun, MB Peja diharap membuat keputusan sebaiknya. Janganlah kerana ingin menjaga hari satu pihak dan pihak lain teraniaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");