Sukan Hari Ini

Aguero Import Terbaik EPL – Shearer

MENURUT Alan Shearer, Sergio Aguero adalah pemain import terbaik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tiada pemain yang berjaya menjaringkan lebih banyak gol dalam EPL berbanding Shearer (260 gol) tetapi Aguero merupakan pemain import paling prolifik jika mengetepikan ikon Arsenal, Thierry Henry.

Sejak menyertai Manchester City dari Atletico Madrid pada 2011, Aguero telah menjaringkan 146 gol dalam EPL.

Hatriknya ketika membantu pasukan melakar kemenangan 6-1 ke atas Huddersfield Town menyaksikan Aguero menyertai saingan 10 peledak terbanyak EPL, mengatasi bekas penyerang Arsenal dan Manchester United, Robin van Persie.

Shearer percaya Aguero berhak berada di puncak sebagai pemain import terbaik, mengatasi nama-nama seperti Henry, Eric Cantona dan Cristiano Ronaldo.

“Dia kembali berbisa,” katanya, lapor Stadium Astro.

“Dia kini meledak sembilan hatrik EPL dan ketinggalan dua di belakang saya.

“Pemain import terbaik yang pernah bermain di England. Penyerang yang berkualiti dan tidak memiliki kelemahan.”

Jaringan Aguero telah berjaya membantu City memenangi tiga gelaran EPL dan tiga Piala EFL, manakala meraih but emas pada penghujung musim 2014-15.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");